Siaran Media Penting

P2P Nusa Kapital Sdn Bhd Menjelaskan Status Mohd Syafiq Bin Shahbudin

P2P Nusa Kapital Sdn Bhd (“Syarikat”) hari ini mengeluarkan satu notis awam yang mengesahkan bahawa Mohd Syafiq Bin Shahabudin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Syarikat dalam apa jua cara sekalipun dan tidak diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak dan/atau mewakili P2P Nusa Kapital Sdn Bhd.

Penjelasan ini dibuat sebagai respons kepada pertanyaan daripada pihak ketiga dan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkenaan pengurusan P2P Nusa Kapital Sdn Bhd.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, segala kenyataan, tindakan, atau perjanjian yang dibuat oleh Mohd Syafiq Bin Shahabudin tidak mendapat pengesahan daripada Syarikat dan Syarikat tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun.

Syarikat kekal komited terhadap misi teras dan objektif perniagaannya serta untuk melindungi integritinya dan telah mengambil langkah-langkah berikut:

– Mengemas kini semua komunikasi rasmi dan rekod tadbir urus.

– Melindungi harta intelek dan integriti jenamanya.

P2P Nusa Kapital Sdn Bhd akan mengambil segala langkah yang sesuai untuk menangani sebarang penyalahgunaan wakil tidak sah. Para pemegang kepentingan digalakkan untuk mengesahkan sebarang komunikasi rasmi melalui laman web www.nusakapital.com atau menghubungi terus ke [email protected].